Tinggal di kawasan yang bersih tanpa sampah merata-rata, nyaman dan tenang tentu saja menjadi impian setiap orang. Namun bagi masyarakat yang tinggal di desa-desa ini, kebersihan dan keselesaan bukan lagi sekadar impian. Ini kerana, 3 desa ini telah diiktiraf sebagai desa paling bersih di dunia. Salah satunya betempat di negara jiran iaitu Indonesia.

Mengikut Boombastis.com, berikut adalah tiga desa yang dinobatkan sebagai desa paling bersih di dunia.

1. Desa Giethoorn, Belanda


Desa Giethoorn terletak di Overijssel, Belanda. Desa ini bebas dari pencemaran kendaraan bermotor kerana di sini memang tak ada satu pun kendaraan ataupun jalan raya. Yang ada hanya laluan air untuk perahu dan jalan-jalan kecil untuk pejalan kaki.

Desa Giethoorn memiliki kawasan yang bersih dan nyaman. Kenyamanannya membuat ramai pelancong tertarik untuk berkunjung. Kini, desa yang dikenali sebagai 'Venesia dari Belanda' itu menjadi salah satu tempat perlancongan popular di Negera Kincir Angin tersebut.

2. Desa Mawlynnong, India


Walaupun dikenali dengan negara yang agak kotor dan dipenuhi pencemaran, ternyata India mempunyai satu desa yang dikenali kerana tersangat bersih. Desa itu dikenali sebagai  Mawlynnong Meghalaya.

Di Mawlynnong, tanaman dan bunga-bunga tumbuh subur. Jalan-jalan kelihatan sangat bersih, sehingga tidak kelihatan walau satu sampah sekalipun. Tong sampah yang diperbuat daripada buluh tersedia di setiap sudut jalan. Masyarakat desa ini rajin dan salah satu rutin mereka adalah menjaga kebersihan setempat. Tak hairanlah jika Mawlynnong dinobatkan sebagai desa paling bersih di dunia.

3. Desa Penglipuran, Indonesia


Desa paling bersih ketiga terletak di Indonesia adalah Desa Penglipuran yang berada di Bali. Penglipuran dikenal sebagai desa yang sangat bersih, indah dan masih terjaga kehidupan tradisionalnya.

Ada sekitar 200 rumah tradisional di desa ini, yang berderet rapi di sepanjang jalan. Jalan-jalan dibuat dari batu-batu semulajadi dan bunga-bunga yang berwarna warni yang tumbuh subur di sekitar desa menambah lagi kecantikannya. Kenderaan bermotor dilarang masuk ke desa ini sehingga Penglipuran bebas dari pencemaran udara.