JEMPOL - Seorang pelajar tingkatan lima ditahan untuk membantu siasatan selepas dia dipercayai mencekik teman wanitanya berikutan mangsa ingin memutuskan hubungan mereka kerana enggan memberikan gambar lucah.

Kejadian itu berlaku kelmarin kira-kira pukul 2.40 petang di tandas sebuah sekolah menengah di daerah ini.

Remaja lelaki terbabit dikatakan berang dengan tindakan mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua enggan melayan permintaannya.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Noorzainy Mohd. Noor berkata, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mereka adalah rakan sekolah dan merupakan pasangan kekasih.

"Mangsa pernah dicabul pada Oktober lalu dan turut diugut untuk sebarkan gambar lucah.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber Kosmo Online