Sesetengah negara di dunia ini menikmati 4 musim dan China juga tidak terkecuali. Jika musim panas di Jepun orang ramai dapat menyaksikan keindahan pokok bunga sakura dimerata tempat, di China pula bunga Apricot mula "membanjiri" satu lembah yang dikenali sebagai Apricot Valley.


Sukar digambarkan perasaan jika dapat betul-betul menjejakkan kaki disini. Tengok gambar aje sudah membuatkan kami teruja, kalau betul-betul mungkin kami akan berguling-guling keriangan diatas rumput segar itu.


Apricot Valley terletak tidak jauh dari sempadan Kazakhstan iaitu di Yili, China. Selama bertahun-tahun Apricot Valley telah menjadi destinasi tumpuan utama pengunjung dari pelbagai penjuru China malah dari luar negara.




Xinyuan memiliki hutan aprikot terbesar di Xinjiang. Fenomena lautan bunga di Apricot Valley telah mula terjadi sejak bulan April lalu. Namun menurut China Tour Advisors, musim puncak akan terjadi mulai awal Jun hingga akhir September.

Pada saat itu, kawasan hijau seluas 2.000 hektar ini akan dihiasi ribuan bunga Aprikot yang kembang mekar.

Sukar dibayangkan jika berpeluang melihat sendiri panorama keindahan "lautan bunga Apricot" yang berwarna warni di lembah seluas itu.


Selain dapat mengabadikan gambar-gambar yang sangat "awesome", pengunjung juga pasti tidak dapat melupakan keindahan lembah Apricot yang diibaratkan seperti "syurga dunia" ini.