Dunia air sememangnya sangatlah luas berbanding daratan. Untuk menyelam dibawah laut atau tasik memerlukan skill dan keberanian yang tinggi kerana dibawah sana tersimpan pelbagai bahaya yang tak terjangka.
Seorang penyelam wanita bersama jurugambarnya tanpa diduga telah menemui seekor Anconda sepanjang 8 meter dan berat kira-kira 400kg ketika sedang menyelam di sebuah gua bawah laut di Bonito, Brazil.
Karina Oliani bersama jurugambar Alenxandre Socci ketika itu sedang melakukan pergambaran untuk rancangan siri televisyen, Wild Ocean With Karina Oliani.
"Mulanya saya terkejut dan takut melihat ukurannya. Saya lihat kepalanya sangat besar, tapi tidak nampak sampai hujung ekor," ujar Oliani yang merupakan seorang penyelam profesional.
Walaupun ular sebesar itu sangat berbahaya dan boleh membunuh Oliani dan jurugambarnya dengan mudah tetapi mereka langsung tidak merasa terancam. Memang dua orang penyelam ini "berani mati", hasilnya mereka berjaya mengabadikan momen yang dianggap rare ini
Untuk pengetahuan, Bonito dan perairan dibarat daya Brazil memang terkenal memiliki banyak danau dan sungai jernih serta sistem gua bawah air. - CARI Infonet.
Sumber - mirror.co.uk
0 Ulasan