PETALING JAYA: Disyaki gara-gara terminum segelas air yang dicampur ‘pil noda’, seorang gadis berusia 17 tahun diugut menjadi hamba seks sejak beberapa bulan lalu.
Difahamkan kejadian itu berpunca daripadamangsa yang disyaki meneguk minuman dicampur ‘pil noda’ ketika menemui rakan-rakannya di sebuah jeti pada Mac lalu.
Dalam keadaan mamai, mangsa mendakwa dia dirogol beramai-ramai dalam sebuah rumah dan gambar serta video bogelnya turut dirakamkan.
Menurut laporan China Press, mangsa mendakwa terpaksa mengikut telunjuk suspek kerana tidak mahu perkara itu terdedah, selepas mereka dikatakan mengugut mangsa dengan gambar dan video bogelnya.
Perkara itu terdedah selepas pihak sekolah mendapat tahu kejadian itu dan memaklumkan bapa mangsa pada Khamis lalu.
Bapanya kemudiannya membuat laporan polis dan membawa anaknya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.
Mangsa mengakui terpaksa hidup dalam ketakutan setiap hari dan tidak berani memberitahu bapanya kerana bimbang akan dimarahi dan gambar bogelnya tersebar di laman media sosial.
Difahamkan mangsa yang datang daripada keluarga tunggal mengikut bapanya menetap di Pulau Tioman pada April 2014 dan kemudiannya berkenalan dengan sekumpulan pekerja jeti.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, enam suspek yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan.
Sumber FMT
0 Ulasan