Usia terasa sudah lewat, tapi masih belum kahwin memang akan membuatkan seseorang menjadi tertekan terutama bagi golongan wanita. Ada sesetengah wanita bila melepasi umur tertentu, mereka mula berputus asa tentang jodoh. Tapi mungkin anda akan terasa lapang dan tersenyum bila baca perbualan Sha Aisha dengan emaknya ini.


Aku: "Mak, saya dah umur 27 tahun ni. Tak kahwin2 lagi."

Mak: "Rilek."

Aku: "Nak rilek camana lagi. Dah lebih usia. Dah expired."

Mak: "Rilek."

Aku: "Dulu masa saya umur lepas SPM sampailah 27, orang asyik tanya, 'BILA NAK KAHWIN?'

Sekarang, orang duk tanya

'PASAL APA TAK KAHWIN LAGI? BILA NAK KAHWIN?'

Sedih."

Mak: "Kamu dah usaha sedaya upaya kan? Bukan tak pernah approach, bukan tak pernah menerima, bukannya tak pernah ada orang suka dan tolak, kan?"

Aku: "Ya, mak."

Mak: "Boleh tak kita paksa biji durian yang kita baru tanam hari ini, terus berbuah hari ini?"

Aku: "Tak boleh."

Mak: "Jodoh pun macam tu lah. Kita memang nak cepat. Tapi, takdir Allah dan sunnatullah itu kita tak mampu paksa. Kita siapa nak paksa Allah? Kita cuma ada kudrat doa dan minta dengan baik dari-Nya."

Menitis air mata aku. Sedih. Dah lama sebak terpendam dalam hati. Orang sekeliling yang bertanya tak pernah faham, betapa pilunya hati orang yang ditanya. Orang tak mengerti, bukan tak mahu. Tapi, dah tersurat begitu.

Mak mencapai tangan aku..

Mak: "Andai tiada jodoh di dunia sekalipun, jangan bersedih. Di akhirat pasti ada."

Aku: "Mana mak tahu ada? Yang saya tahu, orang yang dah kahwin saja dapat bersama pasangan di Syurga."

Mak: "Siapa yang ciptakan suami di dunia?"

Aku: "Allah."

Mak: "Siapa yang mampu ciptakan suami di akhirat?"

Aku: "Allah."

Mak: "Diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas, dan piala-piala dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap dipandang mata dan kamu kekal di dalamnya."

Aku: "Kata-kata siapa itu, mak?"

Mak: "Allah yang berfirman dalam Surah al-Zukhruf ayat 71. Ada lagi yang Allah janjikan sebagaimana dalam Surah Fussilat ayat 31,

"..Kamilah Pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan di akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta..”

Maksudnya, kalau kamu inginkan suami, insya-Allah kamu dapat suami di Syurga.

Apa yang mustahil bagi Allah? Tidak ada!"

Aku mengelap air mata yang mengalir..

Aku: "Tapi, orang duk kata kat saya tak laku. Buruk. Hodoh. Memilih. Demand."

Mak: "Biaq pi. Biarlah tak laku di dunia, tapi laris di akhirat.

Ingat apa Allah kata,

“Janganlah kamu merasa hina dan janganlah kamu merasa sedih kerana sesungguhnya kedudukan kamu lebih tinggi (mulia) jika kamu beriman” (Ali-Imran : 139).

Single ke, kahwin ke, tapi kalau taqwa dan iman tak berubah duk takuk lama tu jugak, tak guna gak.

Jadilah full-time muslimah.

'Fasobrun Jamiiil'. Sabarlah dengan seindah-indah kesabaran. Jodoh yang indah datang dari kesabaran yang indah.

Jangan bersedih. Wat lek wat biskut.

Aku tersengih-sengih dan happy balik dengar kata-kata mak..

YANG PENTING...rilek okey.


Sumber Sha Aisha