Penyedut habuk dan sampah-sampah kecil dirumah atau dikenali dengan penyedut hampagas pun boleh mencecah jutaan Ringgit. Itu kedengaran sesuatu yang "gila" bukan?


Ini bukanlah kisah dongeng kerana terdapat seratus unit vakum yang bersalut emas 24 karat telah dihasilkan oleh syarikat pengeluar vakum dari Amerika Syarikat, GoVacuum.


Pembersih vakum termahal di dunia yang berharga RM3.15 juta (1 juta US Dollar) ini dihasilkan eksklusif khusus untuk orang kaya di seluruh dunia.

Setiap unit didatangkan dengan nombor siri dan sijil pengesahan keaslian. Jangan main-main.

Menurut laman web GoVacuum, mereka menyatakan bahawa pembersih vakum ini direka untuk beberapa individu terpilih berkemampuan dan bahawa status dan nilai eksklusif memiliki pembersih vakum seperti ini tidak boleh diukur dengan wang ringgit.


Fikir-fikir balik apalah guna beli vakum hingga jutaan Ringgit tapi buat sedut sampah je. Tapi itulah "mainan" orang-orang kaya, duit dah tak tahu nak labur ke mana lagi kan? -Dean Bz, CARI.