"Ustazah, saya dah berdoa hari-hari jadi jutawan, tapi jadi ribuan pun susah, kenapa, doa saya tak makbul ke?" Tanya Leha.
"Puan ada anak tak?" Tanya ustazah semula.
"Ada ustazah," jawab Leha perlahan.
"Kalau anak Puan baru 6 tahun dah minta belikan iPad, agak-agak Puan beli atau tidak?"
"Mengada-ngada! Sekolah pun belum dah berani minta iPad. Kot dah habis SPM nak masuk universiti nanti barulah saya belikan, itupun mungkin komputer bukanlah iPad," ujar Leha tegas.
"Kalau Puan pun bijak menimbangkan permintaan anak Puan baik buruknya, maka Allah swt sudah pasti Maha Mengetahui keperluan paling baik untuk setiap seorang hambaNya," terang ustazah sambil tepat memandang muka Leha.
Leha terdiam.
"Apabila kita berdoa, maka Allah swt beri apa yang lebih baik untuk kita. Barangkali yang sesuai dengan usaha kerja kita. Keperluan kita waktu itu. Atau Allah nak tengok lagi ibadah kita, nak uji lagi. Bukan maksud Allah tak sayang bila kita 'rasa' doa tak diperkenankan, usah buruk sangka pada Allah," tambah ustazah lagi.
"Tuan puan, hari-hari kita berdoa murahkan rezeki. Seorang mekanik, kalau berdoa minta bisnes bengkelnya maju, apa maksudnya? Seorang doktor, kalau berdoa minta bisnes kliniknya maju, apa maksudnya?" Saya mencampakkan persoalan 'rezeki' berkaitan keluar masuk duit kepada satu jemaah solat dalam sesi tazkirah ringkas.
"Sedangkan kita pun berdoa cukup duit, murah rezeki. Tapi esok, anak demam. Duit. Lusa, kereta breakdown, duit lagi," saya menambah lagi persoalan.
Ya, Allah swt tak turunkan duit, gedebuk satu uncang emas, dari langit lepas berdoa. Allah swt beri rezeki dengan cara tersendiri. Selaku orang beriman, kita wajib berusaha bersungguh-sungguh. Baiki cara kita dari masa ke masa. Sentiasa 'kosongkan cawan' bila tambah ilmu baru. Barangkali cara kita selama ini tidak tepat atau belum cukup atau Allah swt tahu kita belum bersedia nak pegang duit 'sebanyak' yang kita doakan.
Mana mungkin lebih 5 tahun ambil ijazah kedoktoran, akhirnya bergelar seorang akauntan, bukan?
Surah 2. Al-Baqara, 216:
Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الْÙ‚ِتَالُ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ ÙƒُرْÙ‡ٌ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ÙˆَعَسَÙ‰ٰ Ø£َÙ† تَÙƒْرَÙ‡ُوا Ø´َÙŠْئًا ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø®َÙŠْرٌÙ„َّÙƒُÙ…ْ ÙˆَعَسَÙ‰ٰ Ø£َÙ† تُØِبُّوا Ø´َÙŠْئًا ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø´َرٌّ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ÙˆَاللَّÙ‡ُ ÙŠَعْÙ„َÙ…ُ ÙˆَØ£َنتُÙ…ْ Ù„َا تَعْÙ„َÙ…ُونَ
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Jom kita bersangka baik walau apa ujian menimpa kita.
Kredit: Suzardi Maulan.
0 Ulasan