Pagi ini, saya mendengar sebuah stesyen radio membincangkan isu kelas tambahan atau tuisyen untuk kanak-kanak seawal 4 tahun. Macam biasa, ramai parents membuat call memberi pendapat dan rata-ratanya bersetuju kanak-kanak perlukan tuisyen. "Malu lah kalau anak saya tak pergi tuisyen, kawan-kawan sy semua hantar anak pergi tuisyen." "Tuisyen kan sekarang trend. Kita kena follow trend." "Daripada membazir masa di rumah, elok lah hantar anak ke kelas tambahan." Owner pusat tuisyen pun siap called ni, "Bagus hantar anak ke pusat tuisyen, sekurang2nya anak-anak tak terkejut bila masuk ke pendidikan formal.Senang lulus ujian Linus. Masuk kelas first." Pemikiran ibu bapa di Malaysia hari ini sangat menakutkan. Berlumba-lumba bersaing untuk menayangkan anak siapa paling cepat pandai. Untuk apa ya? Dan kebanyakkannya adalah ibu bapa di kalangan golongan yang agak berada dan berpendapatan tinggi. Tapi, malangnya keberadaan dan kemewahan yang dikecap, gagal ditancap sebaiknya untuk membuat mereka cakna mengenai kepentingan dan keperluan anak-anak yang betul-betul di perlukan. Alhamdulillah, sejak dari dulu rakyat Malaysia sedar mengenai isu penderaan fizikal. Mendera dan mrotan akan memberi impak yang berpanjangan kepada perkembangan anak-anak yang berterusan. Tapi kita terlupa, selain fizikal, kanak-kanak juga terdera EMOSI dan MENTALnya. Percayalah, penderaan mental dan emosi adalah lagi teruk dari penderaan fizikal. Fizikal kita boleh nampak luaran, mental dan emosi kita tak boleh nampak. Kita marah ibu bapa yang dera anak secara fizikal. Tapi kita terlupa pandang diri sendiri. Dan minggu ini, pelajar seawal 11 tahun membunuh diri akibat kegagalan beliau di dalam peperiksaan. Sebuah sistem yang membentuk intelektual kanak-kanak, tapi gagal membentuk akhlaq dan sahsiah. Di dorong oleh ibu bapa yang jumud jiwa nya. Bila kita nak sedar? Tak kan nak berhenti bila di dada akhbar terpampang "Pelajar Tadika bunuh diri dan membunuh rakan lain kerana gagal membaca ABC dan membuat kiraan mudah 1+1?" Berhenti lah ibu bapa. Semua ini salah. Kita semua salah. Ini semua malapetaka. Berhentilah. Kredit: Hazhari Ismail
0 Ulasan