Ibu bapa pada hari ini semakin maju dan sentiasa mencari ilmu mengenai tumbesaran anak-anak. Ada banyak tips dan nasihat boleh kita temui hanya dengan melayari internet. Semakin banyak yang kita baca, semakin banyak yang kita tak tahu rupanya. Artikel bermanfaat yang dikongsi oleh Liyana Raya, seorang Terapi Cara Kerja mungkin boleh membantu ibu bapa lebih memahami perkembangan anak-anak.
MIDLINE CROSSING: Apa tu?
Tahukah anda,di dalam badan kita,ada satu ‘’’garisan’’ yang tidak kelihatan oleh mata kasar tetapi ianya merupakan struktur neuron yang penting yang memberi impak besar dalam kehidupan kita dan anak-anak kita khususnya?
Garisan ini dikenali sebagai “midline”.
Fungsinya adalah untuk membahagikan badan kita ini kepada 2 bahagian,iaitu bahagian kiri dan kanan.Terdapat satu struktur di dalam otak yang menghubungkan maklumat kiri dan kanan ini,yang letaknya di bahagian “midline”, iaitu ‘corpus callosum’.
Segala pergerakan badan di bahagian kiri akan bersilang di ‘corpus callosum’ dan membawa segala maklumat mengenai pergerakan badan di bahagian kiri untuk masuk ke otak kanan. Begitu juga sebaliknya,di mana segala pergerakan badan di bahagian kanan akan bersilang di ‘corpus collasum’ dan membawa segala maklumat mengenai pergerakan badan di bahagian kanan untuk masuk ke otak kiri.
Mekanisme persilangan maklumat/informasi ini kita namakan sebagai “midline crossing”.
Seperti yang saya pernah ceritakan di dalam ceramah saya sebelum ini: “Sebab itu pesakit stroke,bahagian otak yang terdapat salur darah tersumbat/pecah itu adalah di bahagian otak yang berlawanan dengan bahagian badan yang lumpuh (kesan daripada stroke).Kalau yang lumpuh itu bahagian kanan,maka yg terjadinya salur darah pecah/terseumbat itu adalah di otak kiri.Begitu juga sebaliknya”.
Apakah kepentingan “midline crossing” ini kepada kanak-kanak?
Midline crossing ini penting untuk kefungsian keberdikarian dan pembelajaran kanak-kanak.
Kanak-kanak tidak seharusnya digalakkan untuk duduk dalam kedudukan ‘W sitting’ sebaliknya kena bersila. Ini kerana ‘W sitting’ tidak memberikan mekanisme “midline crossing”. Duduk bersila sebenarnya yang memberikan “midline crossing” kepada badan.
Merangkak adalah penting untuk menggalakkan mekanisme “midline crossing” ini. Bayi yang merangkak sebenarnya memberi input kiri dan kanan dengan baik ke dalam otak.Pertukaran maklumat berlaku dengan pantas jika bayi merangkak dengan lebih lama.Bayi yang tidak merangkak tidak melakukan “midline crossing”. Bermaksud,kesukaran pertukaran maklumat akan terjadi dan kanak-kanak yang tidak merangkak akan mudah mendapat kesukaran dalam menulis dan akademik.Sebab tu galakkan anak-anak untuk merangkak semula bila sudah besar jika mereka ‘skip’ merangkak ketika bayi.
Bergerak,bergerak,dan terus bergerak!Kanak-kanak yang hanya duduk,menonton TV,menonton gadget,bermain game,dan banyak melakukan aktiviti duduk sebenarnya tidak merangsang ‘’crossing midline’’ ini. Sebab tu jangan hanya nak anak-anak duduk diam,dan jangan merasa rimas jika mereka bergerak!Pergerakan badan sangat membantu proses merangsang “crossing midline” ini.
Bayi seawal usia lahir harus dirangsang untuk menggerakkan kepalanya dari kiri,melepasi garisan tengah (midline) dan seterusnya menggerakkan kepalanya ke kanan.Ambil berat jika bayi hanya menggerakkan kepalanya dari kiri dan berhenti di garisan tengah tanpa menuju ke kanan.Selalulah berbicara dengan bayi melepasi garisan tengah ini.
Apa yang terjadi sekiranya kana-kanak kurang melakukan “midline crossing” ini?
1.Kemungkinan berlakunya kelewatan perkembangan (developmental delay)
2.Lewat bercakap diikuti dengan kemahiran pengurusan diri yang tidak tersusun
3.Sukar untuk melakukan kemahiran motor halus dengan baik. Akibatnya,memegang pensil menjadi satu masalah utama bagi kanak-kanak yang tidak cukup rangsangan “midline crossing” ini.
4.Aktiviti kehidupan harian yang terjejas: Sukar menyapu butter di atas roti,sukar untuk menyimpan peralatan dengan kemas dan teratur,sukar untuk membantu ibu bapa dalam aktiviti seharian; di mana sepatutnya,apabila kanak-kanak semakin meningkat dewasa,semakin banyak aktiviti seharian yang sudah boleh mereka mahirkan dan memudahkan ibu bapa,tetapi jika kurang rangsangan “midline crossing” ini,maka anak dah masuk usia 5-6 tahun pun masih belum mampu memudahkan urusan ibu bapa dalam aktiviti kehidupan seharian.
5.Sukar untuk bersosial dan berinteraksi dengan baik bersama rakan-rakan dan ibu bapa.
6.Sukar mengekspresikan emosi dengan baik,cepat tantrum dan mengamuk.
7.Aktiviti akademik juga turut terjejas.
Sumber & kredit gambar oleh Liyana Raya,
Occupational Therapist
0 Ulasan