Dalam dunia serba maju dan moden ini masih ada suku kaum atau puak yang tinggal di hutan dan belum bertamadun. Seperti dalam filem-filem Hollywood, masih ada manusia yang tak tahu apa itu telefon, pakaian dan sebagainya.

Seorang jurugambar Brazil sempat mengambil gambar sebuah puak di hutan sempadan Peru apabila helikopter yang dinaiki mengalihkan laluan disebabkan petir.

Gambar-gambar yang diambil merupakan puak yang hanya pakai cawat, badannya di cat, membawa senjata dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, salah seorang daripada mereka mencampakkan lembingnya ke arah helikopter. Mungkin menganggap ia sebagai satu ancaman.