Mencari taska dan pengasuh memang menjadi dilema bagi para ibu bapa. Menjadi mimpi ngeri bagi ibu bapa jika tersalah pilih taska atau pengasuh terutama apabila berlaku perkara yang tidak diingin. Itulah yang terjadi kepada Siti Nadirah apabila bayinya dikatakan menjadi mangsa kecuaian pengasuh sehingga mengalami patah kaki.

“Assalamualaikum.. Hai hrini sy nak share pengalaman sy tersilap pilih pengasuh.. Tujuan saya tulis dekat sini, especiallly untk pengajaran bagi org lain.. Jgn jadi mcm saya. Anak sy 2 org perempuan sorg baby 10bln sorg lagi toodler nk masuk 3 thn. Post ini agak panjang. 

Pengasuh pertama tukar sbb jauh dan asap rokok, pengasuh kedua resign sbb dapat kerja, pengasuh ketiga ni, tukar sebab anak sy didera physically & emotionally.

Saya nak cerita yg pengasuh ketiga ni.. Saya memg tak sangka perkara ni terjadi pada saya, dn pelakunya memg sy tak sangka2. Mangsanya adalah anak2 saya sendiri. 2 bln je hntr pd pengasuh ketiga ni. 

Selepas je pengasuh kedua resign, sy cari pengasuh ketiga, mcm biasa dari group pengasuh kawasan. Saya pilih makcik X ni semata2 sebab dekat dengan rumah, senang untk pergi dn ambil. Sy memg tak kenal makcik X dari sesiapa. Jiran2 pon sy x brpe kenal sbb sy perantau dkt kawasan ni.

Hari pertama suai kenal tu sepatutnya sy dah nampak dh perkara ni.. Tp silap sy, saya buta.  

Semasa berjumpa, 90% benda keluar dari mulut makcik ni adalah dia burukkan babysitter2 lain dkt kejiranan tu, dan parents2 lain yg hntr anak ada dia.. Semua buruk.. Mungkin dia nk tunjuk pd sy yg dia babysitter terbaik dkt taman tu, dan dia bnyk pengalaman babysit dh jmpa mcm2 perangai parents. Since sy dan suami terdesak nk babysitter baru dgn cepat, kitorg tak fikir apa ambil je babysitter ni.. Langsung xde compare atau cri yg lain jugak to find the best. 

Mula hantar anak 

Hari pertama hantar anak, anak sy yg 2 tahun siap bye2 sy lagi, sambil kiss masa tinggal. A good start. Tp bila nak hantar esoknya jauh beza, anak sy monyok je, dah xde bye2 dah. Semakin hari makin parah la drama di pagi2 xnk pergi rmh pengasuh tu.. Tp sy fikir positive mungkin anak sy ni still xleh moveon dari pengasuh sblm ni sbb dia dah start kenal org. Bila tnya makcik X, dia cerita confidently mcm my babies are doing very well. Biasa la budak2 memg mcm tu katanya. Sy pon ckp dgn suami okay kite bg sikit masa pada anak2 untk adapt.

Pengasuh jaga anak-anak lain juga.

Pengasuh ni selain jaga 2 anak saya ada jaga budak lain juga. 2 baby kembar (11bln) dan sorg budak perempuan 3thn lebih. Setiap kali sy hntr anak, bdk2 ni berbaris tido dpn tv. Bila sy nk masuk kereta, makcik X akan hntr sy kedepan pintu. Dia akan start nk ajak sembang.. Mcm biasa, burukkn parents2 lain dn anak2 asuhan dia pernah jaga. Mula2 sy layan ke maybe dia nk meluah perasaan kot xde org nk bersembang... Tp dia bercerita feeling btol smpai budak2 nangis dlm rumah pon dia biarkan. Makcik X ckp, 'biasa la kembar tu memg mcm tu bkk mata je nangis, biar je dia'. Ini pon still pekakkan telinga sepatutnya dah tahu pengasuh ni lain macam. Tiap kali suami ambil anak2 waktu petg, anak sy akan menitis air mata menangis. 


Things start to be serious bila my baby 10 bln patah kaki dekat rumah dia. Padahal belum berjalan atau merangkak pon lagi anak sy ni. 

Bila tnya makcik X, dia ckp dia tak tahu. Sy lagi sekali try bersangka baik maybe betul dia tak tahu. Tp masa ni hati dah start rasa tak sedap hati dgn makcik ni... Doktor ckp ini bukan nmpk mcm kesan dera, tp lebih pada kecuaian mungkin. 2 minggu saya tak hntr anak saya kerumah makcik X sbb neneknya volunteers nk jaga kt rumah. Anak sy yg besar bukan main happy lagi sepanjang 2 minggu. Sepanjang ni, sikit pon xda  minta maaf dari makcik X. Siap msg tnye, kakaknya xnk hntr ke nnti lama sgt tak hantr jadi lemak katanya. Sy rasa bahasa makcik ni agak kurg ajar tp sy still jawab elok2 sbg tnda hormat org tua.

Skrg baby sy dah sembuh selepas bersimen kaki 2 minggu. Duit melayang jgn ckp la. Dah la insurance tak full coverage.



Hmm... So hari isnin lepas start hntr balik kakak dan adik ke rumah makcik X. Drama pagi2 dan petg macam biasa. Tp hari isnin tu something pelik hapen, ada bnyk kesan lebam dekat celah kangkang si kakak mcm kena cubit. Kiri dan kanan. Sy pasti kesan tu tak ada sebelum hntr sbb pagi tu sy mandikan masa pakaikn pampers memg xde kesan tu. Tnya pengasuh dlm wasap mlm tu jgk, sekali lagi tak tahu! Katanya mungkin lari2 terlanggar. Tp ini celah kangkang mcm mne terlanggar pulak. Tak masuk akal. Sy malas dah nk argue dan iyakan je makcik tu.



Esoknya masa hantar, makcik tu sy bagi salam pon dah xnk jawab dah muka pon xnk pandang buat2 busy dgn bnda lain. Sy memg dah nekad ckp dengan makcik Xtu minggu ni last sy hntr. Tp sy ckp elok2, sy bagi alasan, neneknya nk jaga. Muka dia memg dh nmpk tak happy. Tp dia ckp its okay itu hak sy. Sy pergi kerja dgn rasa risau tinggalkan anak dekat dia.

Keluar perangai sebenar.

Petang bila suami nak fetch anak2, baru nmpk perangai dia yg sebenar.  Bagi salam tak jwb. Muka memg masam. Masa ambil tu, kakaknya tengah mewarna dgn kawan yg tiga tahun lebih tu... Makcik X ckp pd husband 'gelongsor tu bawak balik semak je kt cni'. Suami sy tersentak dn terkial2 la dismantle mainan anak tu masuk dlm kereta.

Masa kemas2 tu, dengar makcik X ckp ada budak lg sorg tu 'Apa tengok2?!, kalau xnk mewarna simpan je semak je' dgn nada tengking. (budak ni dari awal sy tgk jenis pendiam je, tak bercakap, tak bermain sgt, sgt2 pasive mcm bdk yg dh traumatized pon ada). Suami sy terkejut memg mcm ni ke rupanya cara makcik X melayan anak2 kami jugak selama ni smpi anak2 sy ketakutan nk pergi rumah pengasuh. Balik suami cerita semua pada sy, memg sah xkan hantar dh anak esoknya.

Tadi sy dan suami collect barg anak2 dri rumah dia, bayi kembar dia biarkan dlam rumah dlm walker, dan makcik X dekat luar smbil mengumpat2 xtau pasal siapa dgn jiran sebelah. Sy salam makcik tu, terima kasih, bayar gaji beberapa hari dia jaga bulan ni dan pergi. Leganya rasa masayAllah memg nk sujud syukur. Anak2 mcm faham gembira sakan masa dah balik rmh. 


Pengajaran untk parents2 lain, cari pengasuh selidik btol2 org tu.. Percayakan naluri awk especially bila nmpk anak dah tak behave normally bila dgn pengasuh. Jgn just nk cari pengasuh yg murah or dekat dgn rumah, abaikan aspek2 yg lebih penting. Terima kasih.”

Kredit : Siti Nadirah