Gambar hiasan

Anak-anak bergaduh itu memang normal. Nak-nak lagi jika ada yang suka mengusik, memang mengusik saja setiap hari sampai naik geram mak ayah. Macam mana nak tangani dan elakkan anak-anak dari bergaduh sesama sendiri? Boleh cuba tips yang dikongsi oleh Doktor Taufiq Razif ini;

Tips 1 : Pertama sekali kena tahu ianya normal untuk adik beradik bergaduh (sibling rivalry) asalkan ianya tak keterlaluan. Jadi nasihatkan anak kita secara konsisten dan jangan putus asa. Ianya sebuah proses.

Tips 2 : Jangan salahkan (blaming) anak kita yang mulakan pergaduhan secara keterlaluan. Bersederhana dan bersikap adil lah.


Tips 3 : Jangan gunakan emosi yang keterlaluan ketika meleraikan pergaduhan. Kita sendiri kena tenang dahulu. Baru anak anak kita pun boleh ikut tenang dan tak menyimpan dendam


Tips 4 : Jangan tengok secara permukaan sahaja. Cuba gali ataupun decode penyebab sebenar anak kita bergaduh. Mungkin mereka sedang dahagakan 'connection & attention' daripada kita


Tips 5 : Jangan amalkan Favouritism. Jangan pilih pilih kasih tak kisah la anak kita lelaki ke perempuan ke. Sulung ke bongsu ke. Anak kita sama je. Semuanya ada perasaan. Layan mereka dengan seadilnya. Mereka pun punya hati dan jiwa sama seperti kita juga.


p/s : Tolong ajarkan ilmu ni pada pasangan masing masing juga