Situasi banjir di Negeri Johor masih tidak banyak berubah pada sebelah petang, sebanyak 86 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di lapan daerah terjejas banjir manakala rekod mangsa banjir dicatatkan masih tinggi iaitu seramai 8537 orang.

Gambar dari Sinar Harian

Memetik dari Sinar Harian, Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar Dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, sebanyak 86 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di lapan daerah terjejas banjir.

Menurutnya, daerah tersebut ialah Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Batu Pahat, Segamat, Pontian, Kulai Dan Johor Bahru.

"Daerah Kluang merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 2,640 orang dengan 28 PPS dibuka diikuti Kota Tinggi seramai 2,123 orang dengan 14 PPS.

"Amaran cuaca waspada (kuning) diletakkan bagi daerah Kota Tinggi, Mersing, Kulai,Segamat dan Kluang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.