Tongkeng ayam memang ada peminatnya yang tersendiri. Ada yang suka goreng bersalut tepung, ada yang goreng madu dan pelbagai jenis masakan lagi. Tongkeng ayam sememangnya sedap berlemak tapi adakah anda pasti tongkeng ayam yang dibeli itu dicuci bersih tiada sisa najis? Ikuti perkongsian cara-cara bagaimana membersihkannya dengan betul oleh Bro Firza.


”Awas. Khas buat peminat tongkeng/bontot ayam. Dah lama nak share tapi tak berkesempatan.

Tak kira la masak macamana pun tapi ini penting. Kalau tak buang memang anda semua makan tahi ayam.

Sebabnya? Sebab yang hujung-hujung ni memang tahi, bukan lemak.

Ini cara Bro kalau nak masak. Boleh amalkan & share.

1. Anda belah betul-betul tengah bontot ayam ni.


2. Bila dah belah anda akan nampak kotoran berwarna Kuning. Bersihkan.



3. Tak Habis lagi. Di kiri & kanan tu anda akan jumpa 1 ketulan berwarna kuning pucat(seperti dalam gambar). Buangkan.




4. Dah buang barulah bersih dan boleh dimasak. HALAL & TOYYIBAN



Pada anda di luar sana yang menggemari tongkeng/bontot ayam ni boleh periksa dulu sebelum beli. Kalau bontot ayam itu dibelah anda boleh beli. Kalau tak belah sebaiknya JANGAN!

Pada yang berniaga pun boleh berbuat demikian. Supaya makanan yang kita jual sentiasa bersih dan suci. Keberkatan adalah mutu utama jualan kita.

Kongsikan.”