Normal untuk manusia merasa cemburu dan iri hati bila melihat kelebihan orang. Cemburu itu boleh jadi perkara yang elok jika kita berfikiran positif tapi boleh jadi buruk bila kita bersifat negatif. Bila kita nampak kawan-kawan kita, atau seseorang yang umurnya lagi muda daripada kita, tetapi dia dah berjaya, kaya, terkenal dan keterhadapan berbanding kita, maka masa tu Syaitan akan taburkan benih-benih HASAD DENGKI dalam hati.
Gambar hiasan (Dreamstime) |
Mulalah masa tu rasa benci tanpa sebab pada mereka, rasa nak melebihi dari mereka, mula cari kesalahan dan kelemahan mereka, mula rasa nak ungkit kisah-kisah lama, dan sebagainya.
Masa tu, apa nak buat?
- Istighfar banyak kali.
- Kita kena akui, itulah nikmat yang Allah beri pada mereka.
- Iktiraf yang memang mereka ada bakat dan kelebihan di situ.
- Mula mencari kelebihan yang kita ada.
- Paling penting, syukur dan hargai dengan apa yang kita ada.
Masih tak terlambat untuk ubah. Sebelum segalanya terlambat.
0 Ulasan