EURORA - Sebuah bukit yang dilanda kebakaran di timur laut Australia kelihatan seperti dibanjiri limpahan lava gunung berapi.


Gambar bukit berkenaan dirakam di Euroa, sebuah bandar di timur Victoria.
Gambar dari facebook Rodney Braithwaite.

Seorang pengguna Facebook, Rodney Braithwaite yang berkongsi gambar bukit berkenaan di laman sosial itu berkata, 
"Malam tadi sekitar tengah malam saya menangkap gambar Balmattum Hill yang terbakar berhampiran Euroa, Victoria memandangkan kebakaran hutan telah semakin menghampiri rumah pada hari Sabtu.”
Kebakaran belukar di Australia itu sehingga kini menjejaskan tiga negeri, mengorbankan 24 nyawa dan memusnahkan hampir 2,000 rumah.
Kira-kira ratusan haiwan pelbagai spesis turut menjadi korban akibat krisis kebakaran belukar dilaporkan bermula sejak September lalu yang telah menyebabkan kemusnahan hutan seluas kira-kira lima juta hektar.