Kek coklat memang menjadi kegemaran bagi ramai orang. Tentu seronok penggemar kek coklat jika dapat masak sendiri, memang puas hati! Resipi yang dikongsikan oleh Nurul Farhana Rozali ini ternyata senang untuk dibuat malah boleh buat berniaga.

“Sejak dah berhenti kerja hujung tahun lepas, ini lah aktiviti hari2 buat kek. Dah pandai buat kek terpikir nak buat jual. Sy post kat sini bukan nak buat jualan tapi nak bagitahu resepi je.” katanya. 
 Bahan2 Kek: 
- 3 biji telur
- 1 1/2 cawan tepung gandum (diayak) 
- 1 cawan susu cair 
- 1 cawan serbuk koko 
- 1 cawan susu pekat 
- 1 cawan minyak masak  
- 1/2 cawan air 
- 1 sdr baking powder 
- 1 sdt baking soda 
- esen vanila 

Boleh kacau semua bahan-bahan tersebut atau blender sahaja.

Kukus kek dalam 20 minit api sederhana.


Coklat ganache:
- 500 gram dark coklat beryls 
- 1 cawan whipping cream

(Buat kaedah double boiler, dah cairkan coklat dan whipping cream masukkan dalam peti ais dlm 30 minit, selepas tu keluarkan dari peti ais biarkan selama 30 minit dan baru tuangkan atas kek)



Dah siap kek masukkan dalam peti ais, makan sejuk2 lagi sedappp. coklat melting dalam mulut