Kuih Cara merupakan salah satu kuih tradisional yang sedap. Jika kena dengan resipi dan rajin, memang boleh berniaga. Pasti pelanggan akan berulang kali beli. Disini merupakan salah satu resipi Kuih Cara yang terbukti sedap. Sedap dinikmati ketika sarapan atau minum petang.

CARA BERLAUK

Bahan-bahannya:

Bahan untuk inti:
● 200 gm daging kisar
● 2 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air )
● 2 ulas bawang merah
● 2 ulas bawang putih
● 1 sudu besar udang kering
● Sedikit daun bawang/sup di racik2 dan lada merah di potong serong
● Garam dan sedikit gula

Bahan adunan tepung
● 2 cawan tepung gandum
● 3 1/2 cawan santan sederhana pekat
● 1 biji telur
● Pewarna kuning
● Sedikit garam

Cara-caranya:

Penyediaan bancuhan inti:

1. Blend atau tumbuk bawang putih dan bawang merah sehingga lumat. Tumbuk udang kering sekadar hancur sedikit sahaja.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang di tumbuk, masukkan rempah kari yang di bancuh dngn sedikit air dan tumis hingga naik minyak dan bau.
3. Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air dan jika perlu masak hingga daging itu empuk.
4. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
5. Setelah siap, boleh angkat dan ketepikan dahulu.

Penyediaan bancuhan tepung:
1. Pukul telur bersama garam.
2. Masukkan tepung dan santan berselang-seli.
3. Kacau hingga rata, kalau berketul, terpaksalah tapis dahulu adunan.
4. Titikkan sedikit pewarna, kacau rata.

Cara masak kuih cara berlauk:
1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
2. Tuang adunan 3/4 sahaja.
3. Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun sup dan daun bawang.
4. Tutup gunakan tutup periuk selama 4 minit atau sehingga kuih cara berlauk tadi masak.
5. Keluarkan dari acuan dan bolehlah untuk dihidangkan.