Tahukah anda berdengkur kuat boleh menyebabkan sakit jantung dan strok? Ramai yang masih tak tahu tentang perkara ini, malahan ramai yang tak sangka berdengkur kuat itu boleh mendatangkan penyakit. 

Anda mungkin menghadapi masalah perubatan yang dipanggil sebagai Sleep Apnea terutamanya bila anda menghadapi keletihan dan masih mengantuk walaupun anda telah tidur secukupnya. Ikuti ulasan dari The Diagnosa mengenai sleep apnea ini.

Apakah itu sleep apnea?


Gambar dari The Diagnosa

Ia merupakan masalah tidur dimana pesakit akan berhenti bernafas ataupun mempunyai pernafasan yang sedikit ketika tidur. Perkara ini menyebabkan penyakit kronik yang lain seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan Angin ahmar


Masalah ini merupakan masalah yang serius kerana kebanyakan pesakit tidak mengetahui bahawa dia mempunyai masalah ini sehinggalah dia mengalami penyakit seperti yang dikatakan di atas.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan masalah ini:

  • Obese - mereka yang obese selalunya mempunyai banyak lemak dibahagian leher. Ini boleh menyebabkan saluran pernafasan di tekan oleh lemak ini dan pesakit mengalami sleep apnea

  • Tonsil yang besar - juga boleh menyebabkan saluran pernafasan tertutup ketika seseorang itu tidur

  • Lelaki - salah satu Faktor risiko

  • Perokok

  • Usia yang meningkat


Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu mengalami masalah ini adalah:
  • Mereka berdengkur dengan kuat ketika tidur
  • Dapat dilihat pesakit berhenti bernafas untuk beberapa saat ketika mereka tidur
  • Kemudian, pesakit terbangun tercungap-cungap
  • Jika pernafasan berhenti dengan lama, pesakit akan mengalami kebiruan disebabkan kekurangan oksigen
  • Pesakit juga pada waktu pagi akan mengantuk dan letih walaupun telah tidur pada jangkamasa yang mencukupi

Komplikasi yang mungkin dihadapi oleh pesakit:

1. Tekanan darah tinggi
2. Serangan Sakit Jantung
3. Angin Ahmar
4. Kencing manis

Kesemua ini telah terbukti disebabkan masalah sleep apnea ini.

Rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit adalah:

1. Pesakit perlu mengurangkan berat badan supaya lemak dibahagian leher boleh dikurangkan
2. Berhenti merokok
3. Jika mengalami tonsil yang besar, doktor akan mengesyorkan tonsil itu untuk dibuang.
4. Jika masalah tersebut masih berlaku, selalunya pesakit akan diberikan satu mesin iaitu CPAP (Continuous positive airway pressure) untuk digunakan ketika tidur. Ia bertujuan untuk memberikan oksigen kepada pesakit walaupun dia berada di dalam keadaan tidur dan mengelakkan sleep apnea daripada berlaku

Jika anda mengalami simptom-simptom seperti di atas, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk tujuan rawatan dan nasihat.