Musim Influenza datang lagi dan kali ini dijangka virus yang ada menyebabkan gejala yang agak serius. 


Gambar dari Kementerian Kesihatan Malaysia 

Influenza melibatkan virus dan setiap tahun virus ini berubah, ini menyebabkan antibodi yang ada berubah sebab infeksi tahun silam sudah tidak berkesan untuk virus musim ini.

Gejala flu tetap sama, iaitu demam, sakit tekak, batuk , selsema . Namun bagi individu yang lemah sistem imun, dia boleh dapat komplikasi seperti  radang sinus pneumonia, radang jantung, radang otak, dan radang otot (sinusitis, myocarditis, encephalitis, myositis or rhabdomyolysis).


Komplikasi teruk berlaku pada individu yang sudah ada keadaan penyakit kronik atau individu yang ada sistem imun yang lemah seperti bayi dan orang tua.

Orang yang sedang lalui rawatan yang melemahkan imun juga boleh dapat komplikasi jika di jangkiti virus flu ini. Ubatan untuk penyakit auto immune dan kanser selalunya melemahkan sistem imun.

Antara cara untuk kurangkan komplikasi flu atau mencegah dari di jangkiti:

  1. Jangan pergi ke tempat orang ramai (crowds) 
  2. Beli belah semasa off peak (orang tak ramai).
  3. Jangan guna pengangkutan awam. 
  4. Jangan guna lif, guna escalator. 
  5. Bawa sanitiser seperti Takex clean  atau Euky Bear (nonn toxic) dan guna selalu untuk tangan dan permukaan yang nak di pegang (shopping cart etc) 
  6. Guna mask (topeng muka) yang sesuai  bila ke luar rumah jika ada sistem imun lemah.
  7. Makan makanan seimbang, elak pengambilan banyak makanan berproses atau banyak gula dan tepung putih. Elak fast food yang ada banyak kimia.
  8. Ambil makanan asli yang memang imun booster.
  9. Minum air bertapis dengan kuantiti yang banyak , lebih dari 8 gelas sehingga 2 liter sehari.
  10. Vaksin: untuk ini kaji sendiri, vaksin boleh beri perlindungan hanya 40% dan ada individu yang mungkin alah. Vaksin flu bertukar setiap tahun .
  11.  Jika demam, boleh pergi klinik lakukan ujian untuk kesan sama ada ia flu dan jika benar flu, kuarantinlah individu itu.
  12.  Buang tisu yang ada hingus kedalam bekas bertutup supaya virus tidak tersebar. Boleh sediakan air berklorox untuk buang tisu dan matikan virus.
  13. Guna paracetamol dalam kadar yang selamat, jangan melebehi dos dan jangan guna ibuprofen atau NSAID lain untuk kawal demam terutama kanak-kanak. NSAID seperti Ibuprofen dan Diclofenac sodium di dapati lemahkan sistem imun dan beratkan lagi komplikasi flu. DG Kesihatan pun dan pesan. Ada saya share posting dia sebelum ni. 
Semoga kita semua selamat dari di jangkiti atau segera sembuh bila di jangkiti.

Sumber: Doktor Suriyakhatun.